Berkuatkuasa Selasa, kerajaan negeri Sabah mula membenarkan aktiviti rekreasi laut dan sungai mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan mengikut kapasiti 50 peratus.<br />Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun, ia merupakan pindaan SOP yang dibuat bersesuaian dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri tersebut.